ShoutMix chat widget

Friday, April 30, 2010

MY NEW INTEREST


I WANT TO HAVE THIS NOVEL.. THE SYNOPSIS IS GREAT... CAN'T WAIT TO HAVE IT...

GENTAR

wah ko cakap aku bawak GENG yer CHOKEE???

actually aku takde nak angkat geng ke ape..

kite ni kalau dah hati ikhlas and jujur...

opkos la kawan2 akan datang tolong kalau ada masalah...

bukan macam orang yang alone and haprak...

macam post yang aku tulis tuh....

hidup mesti mau ada kawan beb....

baru bermakna...

susah senang boleh tolong..

bukannya ada kawan buat "TAIK" lak...

sape nak kawan beb...




dah tu tak sedar lagi...

sampai dah dekat 10 orang dah ade masalah dengan ko...

takkanlah 10 orang tu sakit...

mesti r something wrong dengan ko kan...

renung-renungkan dan selamat beramal...

(chokee ko jangan la nak terasa yer.. kalau ko terasa kompem ko sakit)

Thursday, April 29, 2010

MEMOTONG KUKU MENGIKUT ISLAM



Cara yang betul memotong kuku mengikut Islam:
  1. Mulakan memotong kuku dengan jari tangan kanan dan kemudian diikuti dengan jari tangan sebelah kiri, mengikut tertib.Islam memberatkan amalan tertib supaya usaha yang dibuat menjadi, berkualiti dan dapat memberi khasiat. 'Tertib' bermaksud melakukan mengikut peraturan, iaitu perkara yang dahulu didahulukan, yang kemudian dikemudiankan. Contohnya, jika kita menggoreng ikan, kita akan tuang minyak terlebih dahulu, kemudian bila dah panas minyak barulah masukkan ikan...Apa jadi kalau tak ikut peraturan, masuk ikan dahulu baru tuangkan minyak? Sudah pasti hasilnya tak menjadi.

  2. Cara memotong kuku tangan dan kuku kaki yang dituntut dalam Islam adalah seperti gambar Pilihan A atau Pilihan B. Sangatlah elok jika kita dapat meluangkan masa sejenak untuk merujuk dan membaca gambarajah di atas, apakah amalan yang kita lakukan selama ini serupa atau tidak. Itulah yang saya belajar dari Ustazah Datin Aminah di Masjid Al Falaq, Subang Jaya. Kalau tak silap saya, buku rujukan yang digunakannya ialah Bingkisan Mutiara. Selama ni tak berapa nak ambil berat sangat tentang kaedah potong kuku ni....tapi rupanya ada fadilat yang tersirat. Apa2pun kenalah berhijrah lepas ni.

  3. Kaedah2 yang ditunjukkan tu harus menjadi amalan dalam kehidupan kita umat Islam supaya kita sentiasa dipelihara oleh Allah di dalam keselamatan dan dijauhi dari kepapaan, pelbagai penyakit seperti sopak, gila dan sakit mata.

  4. Makruh menyimpan kuku panjang walaupun satu jari. Kuku yang panjang masih tidak dikira suci dan bersih kerana di situlah tempat syaitan bertenggek dan melindungi diri. Jika jari tak bersih bermakna seluruh badan kita masih belum dianggap bersih. Malaikat akan turun mendekati manusia sekiranya tubuh badan manusia itu bersih. Renung2kanlah diri kita ni ...

  5. Lakukan memotong kuku seminggu sekali, sebaik2nya pada hari2 tertentu sahaja. Kelebihannya adalah untuk mendapat pahala dan menghindari diri dari sebarang penyakit kecuali sakit mati. Di bawah ini dinyatakan fadilat memotong kuku pada hari2 tertentu:

    • Jumaat - dapat menghindari sakit mata dan sakit gigi, menghilangkan dosa dan mudah mendapat rahmat , bertambah ilmu dan akhlak mulia

    • Sabtu - hilang penyakit dan mudah mendapat penawar

    • Ahad - tidak berkat, hilang papa

    • Isnin - hilang penyakit gila

    • Selasa - menuju kebinasaan, hilang penyakit sopak

    • Rabu - terdorong kapada perangai jahat, hilang sifat was-was

    • Khamis - murah rezeki (kekayaan), hilang penyakit kusta


  6. Mulakan memotong kuku dengan Bismillah disudahi dengan Alhamdulillah. Sesuatu yang kita lakukan hendaklah dengat niat supaya diberkati. Setelah selesai potong kuku, sunat membasuh semua kuku jari tangan dan kaki. Kuku yang tidak dibersihkan dibimbangi akan mendatangkan gangguan dan bisa kepada tubuh badan. Contoh: kesan calar selepas menggaru boleh mengundang pelbagai penyakit kerana di hujung kuku yang tidak dicuci dikatakan terdapat bisa.

  7. Sesungguhnya di hujung jari-jemari yang bersih ada tersimpan penawar. Betapa rahsia Allah mengatasi segalanya. Islam menyuruh kita makan menggunakan jari sebagai satu ibadah supaya sihat dan mendapat berkat. Bukan tak boleh makan guna sudu dan garpu... tiada satu nas pun yang mengatakan begitu. Walau bagaimanapun, sesuatu yang baik itu semuanya datang dari Allah , yang buruk itu datang dari manusia belaka. Wallahualam.

HUMANITY

haluuuu u olz....

diketika gjol menulis entry ini...

gjol sedang berada di UUM...

buat apa???

internet umah tak dapat so mai lah UUM nak wireless FREE... hehehe..

ok actually gjol nak post satu sajak kemanusiaan dengan u olz...

so jom lah baca and hayati k...

Telah mereka saksikan sejak pertama cair merah tumpah
putera Adam membunuh-terbunuh dalam pertarungan menang kalah
dan kematian demi kematian dinyanyikan di mana-mana
dan dilanjutkan sehingga segala tanah jadi pusara

Jika kita menyesali kematian atas seorang
dan hati tidak berdenyut untuk kematian yang lain
maka kemanusiaan tidak wujud di mahkota kebenaran
sebab bukanlah kemanusiaan bila ia ada perbatasan

Dan sekarang tiap kota menangis dan mengucap kata
kerana sewajarnyalah kemanusiaan itu berdenyut dan terasa
tapi tak seorang pun akan menangis untuk pembunuhan yang bakal tiba
atau akan berkata : mari kita padamkan segala api sengketa

Siapa yang merasa dan kehilangan kesayangannya, menangislah
dunia telah didandankan; kehidupan adalah kematian yang berdarah

(karya usman awang)

ALONE


TODAY I WANNA SHARE WITH ALL OF YOU ABOUT ALONE AND LONELY...
WHAT DO YOU GUYS THINK???
ARE YOU HAPPY TO BE ALONE OR NOT?
SOMETIMES ITS GOOD TO BE ALONE BUT YOU MUST BEAR IN YOUR MIND,
BEING ALONE IS NOT THE BEST THING YOU COULD HAVE IN YOUR LIFE,
FIND A FRIEND AT LEAST TO CHEER UP YOUR LIFE..
HERE I SHARED WITH ALL OF YOU FEW PICTURES OF ALONE AND LONELINESS...












SO HOW WAS IT GUYS??? DO YOU WANT TO BE LIKE WHAT THE PICTURES SHOWED???

Wednesday, April 28, 2010

JOM JOIN SAYA DI UNSTOPPABLE





INI ADALAH BUKTI-BUKTI KEJAYAAN SAYA...

renungan

"Kejayaan adalah tangga yang tidak dapat anda panjat dengan tangan di dalam poket"

SEDAP BETUL MULUT KO CAKAP KAN...


HOI....

KO PEHAL TAK HABIS-HABIS LAGI DENGAN AKU???

KO NAPE????

KO YANG SIBUK-SIBUK KACAU HIDUP AKU...

THEN KO CAKAP AKU POINTING FINGER KAT KO KAN..

HEIIII DENGAR SINI....

SAPE YANG POST DULU DALAM BLOG KUTUK-KUTUK???

KO KAN...

DOK TULIS ORANG NI MACAM NI LAH..

ORANG TU MACAM TU LAH..

KONON TAK NAK BERDENDAM TAPI KO YANG DOK TULIS-TULIS

N GELAR - GELAR ORANG???

HEY... KO INGAT KO RAMAI KAWAN KE??

KALAU KO RAMAI SANGAT KAWAN NAPE SUME KAWAN-KAWAN KO TAK LEKAT NGAN KO??? KO PIKIR LA WEY...

AKU MALAS NAK GADUH DENGAN ORANG YANG ILMU CETEK MACAM KO NIH...

TAK KEMANA PUN..

KO INGAT DENGAN KELEBIHAN KO SEBAGAI PENGACARA N PENARI DEKAT U KO TUH DAH TINGGI SANGAT???

TAK BOLEH BAWAK MASUK SYURGA PUN ILMU KO TUH....

LAIN LAH KALAU KO TUH SEBAR ILMU AGAMA KE????

KO NI BOLEH DIIBARATKAN MACAM KETAM TAU..


NAK AJAR ANAK BERJALAN BETUL TAPI DIRI SENDIRI SENGET...

DAH LA...

PENAT AKU DOK TAIP PASAL KO NIH..

KANG TAK PASAL-PASAL PEMINAT BLOG AKU TAK NAK BACA BLOG AKU YANG BERILMIAH NI DAH...

...CHOKEE AMAR TOBAT LAH WEYY...

Tuesday, April 27, 2010

renungan

"Setiap jiwa yang dilahirkan telah tertanam dengan benih untuk mencapai keunggulan hidup.Tetapi benih itu tidak akan tumbuh seandainya tidak dibajai dengan keberanian"

EH KO DENGAR SINI!!!


wahai manusia bernama

CHOKEE...

ko ape hal?? nak cari pasal dengan aku..(suara raie yg merdu)

sejak bila aku kaco hidup ko..

ko tuh yang tak habis-habis dok babitkan aku...

ko tu dok terengganu aku kedah..

sejak bila pulak aku g kaco ko...

kalau ko rs tercabar dengan kelebihan aku ko ckp lah..

ni tak konon cakap aku perosak hubungan SONGSANG ko tuh..

dah nama pun SONGSANG... DOSA dik nunn... DOSA...

(tak cium bau syurga nanti)

kalau ko rasa diri ko tu baik sangat tak pernah buat DOSA...

aku rasa baik ko g berubat cepat...

konon best lah ko..

padahal nan ado...

tak faham betul aku...

dah buat salah tak nak ngaku..

dah tu babitkan orang lain...

bodoe.....


JOM BUAT DUIT

ITS FREE AND JUST FILL IT, AND CLICK ON THE WEB TO GET MONEY... ITS EASY...

http://payableptr.com/pages/enter.php

Monday, April 26, 2010

COPY FROM CHOKEE.

hye sume entri nih gjol amek dr blog kawan gjol chokee.. gjol suka post nih.. so jum bace...

morning guys
pa habaq?
per cer?

guys, today..my fren de bg satu isu...its about parental...
as we know, without parents hu are we ryte now...ryte...and its a compulsory that all of us has parents accept Prophet Adam A.S, Siti Hawa, Prophet Isa ( Just Mother called Mariam ), other than that must has a parents... so then, as a child we have to respect our parents, dont make them down, obey their words (if its dont follow the rules and syara' we've right to disobey it ) and i thing all of u know what u should do as a child. tu dia..ckp omputeh..penat aku

da...hahaha..

gini la kes nye korg...ini kes r..bukan x respect kat mak bapak sendiri..tp mengutuk mak bapak org..amboi bukan main mulut hang naaaaaa...sumbat batu giling bru hang tau na cm na...
aku de la interview beberapa responden berkenaan kes ini...kita dgr kan ape kata dorg...

Liza Sepang : Mak ayah ni, kita kena la respect, wajib,,,nanti kang mati x cium bau syurga..tp kalo kes ngutuk mak bapak org tu..rase nyer..same je kot...sebab die tu wpon bukan mak bapak sendiri..die tu manusia..kalau ade mslah bawak bincang..mak bapak ni bukan perkara main2.


Joe Hulu Selangor : wa walau pon nampak brutal bro...wa xleh men2 bab2 mak bapak...kalu lu nak idop aman...xyah nak sebok..kalu lu nak rase wa heret lu guna moto wa ni...try r...dr dataran merdeka sampai klcc wa heret lu....ada brani??


Sue Lie : I aaa..tala suka olang cakap belakang psl mak ayah i...dolang tu tak ala kelija ke mau kutuk2 mak ayah olang...haiya...mak ayah dolang aa..tala ajar ka mcm mana mau respect olang..kalau benci olang..benci la solang2..xpayah nak maki2..tala baik..nanti r..kalau dia mati aa..generasi setelusnya..dia may be jadi binatang...sebab kulang ajar...ceppowa...

Kamala Desa Indah : aiyoo pa aiyoo ma...i Never do that..parents kita ni sangat mulia..kerana diorang la yg membahagiakab kita...itu mcm la byk sgt perngorbanan yg mereka bagi kat kita...so kena la respect...nanti Tuhan hukum u sapa mau jawab?? anda berani?? Masalah cakap benda xelok kat parent org pon satu hal..kita ni baik sangat ka?? boleh jadi dewi ka? dewa ka? Innakavale...


Andrew "German" : OMG, i cant stand if that person said any bad to my parents..if at my place, that person should be sue in court..otherwise may be he can be punished as murderer cases. Dont you ever!!!


Hah, guys tu dia..banyak lagi ni interview..bnyk beno...penat da..dr JOHOR sampai ke Sabah...haishy..tu dia...most of them when heard about this issue they upset..its not suppose happen.. So guys please,respect ur parents and dont say anything bad about others parents...its like u take the ash and u put it in your parents faces...well why? they not thought you to do it so..well if that happen people will said :

" Mak Pak hang x ajak ka?"


"Teruk nye parents you ajar anak!"

"Dok reti base ngoh, mok ayoh dok ajor ke mu jadi sopang sket!"
"Mok Pok demo tok ajar ko awe wei...kure ajar benar ni..aku tipah palo demo namoke"

"Beb, kalau lu rase kepala lu keras, meh r sini beb..wa mau hentak laju2!" " Mak bapak toksah dok men, aku boh baru tau"

hah..tu banyak lagi ni...tp tu je sempat nak letak supaya korg berhati2...benda bukan men2 tau...

FRIENDSHIP






/>

renungan

"Orang yang cemerlang melihat setiap halangan sebagai peluang untuk mengasah potensi, manakala orang yang tidak cemerlang menganggap setiap halangan sebagai alasan yang menyebabkan kemundurannya"

Sunday, April 25, 2010

ANYTIME YOU NEED A FRIEND

THIS SONG IS FOR MY LOVELY FRIENDS...( click on this to hear the song)

If you're lonely
And need a friend
And troubles seem like
They never end
Just remember to keep the faith
And love will be there to light the way

Anytime you need a friend
I will be here
You'll never be alone again
So don't you fear
Even if you're miles away
I'm by your side
So don't you ever be lonely
Love will make it alright

When the shadows are closing in
And your spirit diminishing
Just remember you're not alone
And love will be there
To guide you home

Anytime you need a friend
I will be here
You'll never be alone again
So don't you fear
Even if you're miles away
I'm by your side
So don't you ever be lonely
Love will make it alright

If you just believe in me
I will love you endlessly
Take my hand
Take me into your heart
I'll be there forever baby
I won't let go
I'll never let go

Anytime you need a friend
I will be here
You'll never be alone again
So don't you fear
Even if you're miles away
I'm by your side
So don't you ever be lonely
It's alright
It's alright

kata bersakti untuk renungan

"Orang yang terlalu cepat berputus asa adalah orang yang putus harapan seumpama dia telah menyediakan dirinya untuk mati sebelum mati"

~renung-renugkan~

apa tujuan sebenar kita berblogging???

gjol tertanya-tanya apa sebenarnya tujuan kita berblogging???
untuk meluahkan perasaan ke?
berkongsi rasa ke??
atau
mengutuk orang lain?
hurmm....
kadang-kadang gjol tengok ramai orang kena tindakan undang-undang pasal menghina orang lain dalam blog.
apa nak jadi lah kan.. apa salahnya kalau blog tu kita gunakan untuk kebaikan macam berkongsi maklumat atau berkongsi karya kita sebab kita tak dapat nak jadi penulis atau penyair macam orang lain. inilah platform untuk kita berkarya.
lepas tu invite seberapa banyak orang yang boleh.
blog juga kita boleh buat duit.
kenapa tak gunakan untuk kebaikan>??
sebaliknya orang kita lebih suka menjatuhkan maruah orang lain daripada membantu diri sendiri..
inilah orang katakan kepandaian sampai menunjukkan kebodohan diri...
hurmm...
gjol bukan mengeluh tapi sedih dengan situasi yang berlaku sekarang ni...
kawan gjol pun baru saja terkena dan dimalukan didalam sebuah blog..
sekarang kami dalam proses untuk buat laporan polis...
kita tunggu dan lihatlah hasilnya nanti..

Thursday, April 22, 2010

PERKAHWINAN MELAYU


post kali ni gjol nak berkongsi dengan semua tentang MALAY WEDDING... SO jom kita baca...


A Malay wedding is usually performed when either one or both spouses are Malay. Malaysian law defines a Malay person as a Muslim. The traditional wedding ceremony is in two parts. The first part is the akad nikah (marriage contract), which is the legal and religious part of the wedding. The second part is the bersanding (enthronement), which is a family celebration. It is usual for the two parts to be celebrated over two days. However, it is becoming common for there to be a gap between the parts of the wedding, during which the couple are legally married, but saving up for an elaborate bersanding. In cases where the couple have family spread around the world, a number of bersanding may be held in different countries to allow everyone to wish the couple well.


Adat Merisik

The adat merisik (asking ceremony, or more literally 'spying custom') is the traditional Malay system for arranging marriages. When it is time for a young man to get married, his family will look around to identify a number of potential brides. Nowadays, the man might suggest to his family who he would like them to consider, and it may be that a romantic link already exists between the man and woman. Having decided upon one particular woman, the merisik, or investigation process, takes place. For this ceremony one or more representatives (wakil) of the man's family pay a friendly visit to the family of the woman whom they have in mind as his potential bride. The visit is purely for the purpose of further investigation, and it gives the visitors the chance to see the woman. A hint will be given to her parents regarding the purpose of the visit, and their reaction will be assessed. The woman's parents may also give the visitors some idea as to whether or not their daughter would be interested in the match. The merisik does not constitute a formal proposal. Following the visit both sides can begin to think more seriously about the possibility or otherwise of a marriage. It is possible that no progress may take place, and the man's parents or representatives will then look for another possible bride.

Adat Bertunang

The adat bertunang (engagement custom) is normally held at the bride's home.

Akad Nikah

A Malay wedding proper begins with the akad nikah (marriage contract) ceremony. The groom signs the marriage contract and agrees to provide the bride with a mas kahwin (mahar,literally 'marriage gold' in form of money or goods or anything as requested by the bride).It is opposite to dowry where the mas khawin is paid by the groom to the bride. The mas khawin is a symbol to show that the men is willing and are prepared to build a family with the lady he chose to get married to. The contract signing is done before a religious official and is accompanied by prayer.

If the bersanding is to take place the next day, the couple's hands are dyed with henna during the berinai besar (great henna-ing) ceremony. The bride's hair is also trimmed, eyebrows shaped and make-up applied by a beautician, known as the mak andam. Then the bride puts on her tudung (hijab or headscarf) to cover their hair and a selendang, or embroidered and beaded shawl over that. A crown is also placed on top of the shawl. If the bersanding does not take place on the day following the nikah, these preparation customs are delayed until the bersanding.

Bersanding

The bersanding (enthronement) ceremony begins with the groom's procession with friends, relatives, musicians and people waving bunga manggar (palm blossom) to meet the bride. Often various good-humoured attempts are made to waylay or stop the groom from getting to the bride. The main part of the bersanding involves the seating of the bridal couple on a dais and sprinkling them with yellow rice and scented water by family members, relatives and guests as a sign of blessing. Each guest will receive a bunga telur (egg flower), a decorated egg with a fabric flower, as a sign of fertility. The couple are considered royalty for the day, and so various royal customs are performed for them, including musicians playing court music and 'bodyguards' performing a display of pencak silat (traditional Malay martial arts).

After the bersanding ceremony

After the bersanding ceremony, the wedded couple and their guests attend a celebratory feast called the makan beradab (formal meal). This involves the bride and groom feeding each other sweetened rice. The celebrations are concluded by posing for family photographs.

WORDS OF THE DAY~


Always be nice to people on the way up; because you'll meet the same people on the way down.
[info][add][mail]
Wilson Mizner (1876 - 1933)

Tuesday, April 20, 2010

MUTIARA KATA~




Inspirational Quote for Your Week


"When you are kind to others,
it not only changes you,
it changes the world."

Harold Kushner

SITUASI DI DALAM BILIK INTERVIEW

sebagaimana yang gjol bagitau semalam gjol ada interview untuk ijazah sarjana muda sains kaunseling di UUM... so, masa tengah menunggu sebelum ujian personaliti dan sesi temuduga tu gjol tengok la ramai adik-adik lepasan STPM nih dok menghafal nota macam nak masuk final exam (kannnn)... that was fine to me lah.. yang paling kelakarnya adalah masa sesi temuduga.. seperti berikut..:

SITUASI PERTAMA...

PANEL: NABILAH, AWAK TINGGAL DEKAT SINI JADI KENAPA AWAK NAK MASUK SINI?
NABILAH: SAYA MEMANG MINTA BANYAK BUKAN SETAKAT UUM SAJA, UPM PUN MINTA JUGA..
PANEL: OH, AWAK ADA MINTA UPM, JADI KITA REJECT AWAK LAH SUPAYA AWAK DAPAT MASUK UPM, MACAM MANA?
NABILAH: EH MANA BOLEH, SAYA MEMANG MINTA BANYAK SUPAYA NANTI KALAU TAK DAPAT UUM DAPATLAH UPM.
PANEL: SEBAB TU LA KAMI NAK REJECT AWAK SUPAYA AWAK DAPAT UPM, KALAU AWAK NAK UUM JUGAK BAGI ALASAN KENAPA.
NABILAH: SEBAB DEKAT DENGAN RUMAH DAN SESUAI DENGAN DIRI SAYA LAH.
PANEL: TAPI AWAK MINTA UPM, MACAM MANA KALAU AWAK DAPAT UPM, AWAK TAK DAPAT SESUAIKAN DIRILAH NANTI.
NABILAH: BOLEH JUGAK, SAYA TAK ADA MASALAH. UPM PUN OK..UUM PUN OK..
PANEL: TADI AWAK CAKAP, AWAK NAK MASUK UUM PASAL SESUAI SEKARANG AWAK CAKAP UPM PUN SESUAI JUGA..MANA SATU PILIHAN AWAK NI..
NABILAH: SAYA BOLEH MANA-MANA PUN... ERR SAYA TAK FAHAM LA SOALAN..

AKU: ADUYAI... BUDAK NI BUAT LAWAK BETUL..

SITUASI KEDUA..

PANEL: OK SAYA AKAN TANYA SECARA RANDOM YA, APA PROSPEK KERJA AWAK BILA AWAK DAH GRADUATE NANTI?
AKU: SAYA MEMILIH UNTUK MENJADI KAUNSELOR BEBAS...
PANEL: OK BAGUS, TAPI BOLEH TAK AWAK BEZAKAN KAUNSELOR DGN MOTIVATOR.
AKU: KAUNSELOR GUIDE CLIENT UNTUK MEMBUAT PILIHAN TERBAIK MENGIKUT KEHENDAK CLIENT TERHADAP PILIHA-PILIHAN YANG ADA.. MOTIVATOR PULA MEMBERI MOTIVASI DAN PERANSANG UNTUK MENCAPAI TUJUAN ATAU MATLAMAT TERHADAP PILIHAN YANG SUDAH DIBUAT..(DALAM HATI BETUL KE APE AKU CAKAP NIH)
PANEL: OK ORANG LAIN..
LINA: SAYA MEMILIH UNTUK JADI GURU PENDIDIKAN KHAS.. SEBAB SAYA MINTA UKM UNTUK PENDIDIKAN KHAS..
AKU DALAM HATI.. (EH BUDAK NI MELALUT APE NIH)
PANEL: LINA, APA YANG AWAK CAKAPKAN NI??? AWAK DIMANA SEKARANG?? CUBA AWAK BAGITAHU SAYA...
LINA: SAYA TINGGAL DI PERLIS..
PANEL: BUKAN ITU SAYA TANYA TAPI DIMANA AWAK SEKARANG????
LINA: DI UUM DLM BENGKEL B PUSAT KONVENSYEN..
PANEL: AWAK SEDANG BUAT APA NI..???
LINA: SAYA SEDANG MENGIKUTI TEMUDUGA IJAZAH SARJANA MUDA BIMBINGAN DAN KAUNSELING..(sudah salah kos pulak budak nih aku dalam hati)\
PANEL: PATUTLAH AWAK MEREPEK AWAK DAH SALAH KOS NI, KITA SEDANG INTERVIEW UNTUK SARJANA MUDA SAINS KAUNSELING DENGAN KEPUJIAN.. KENAPA AWAK JWB NAK JADI GURU PENDIDIKAN KHAS??
LINA: SAYA MINTA KOS TU DEKAT UKM...(dengan tegasnya)
PANEL: KITA GAGALKAN AWAKLAH..
LINA: SAYA TAK FAHAM LAH SOALAN DR...

AKU DALAM HATI(rosak dah budak-budak nih)....

haiii... budak-budak ni jawab soalan temuduga macam budak sekolah rendah, takkan la time sekolah cikgu tak ajar camne nak jwb soalan temuduga, twist je sket dah menggelabah bagai... kaedahnyer..... camne nak jadi kaunselor???
pastu bila tanya masalah sosial sekarang boleh jwb SAYA TAK BERSOSIAL... PASTU BILA PANEL CAKAP AWAK SILAPLAH PILIH KOS NI, DORANG JWB LAK... SAYA TAK BACA PAPER SEBAB BUSY KEJE.... kaedahnyerrr.... dah menyimpang melalut bagai dah... camne ni?? nak jadi mahasiswa tapi tak alert dengan perkembangan semasa...jawab soalan temuduga yang simple pun dah menggelabah.. dan tak memcerminkan peribadi seorang yang berintelektual.. tu hanyalah dua situasi.. sebenarnya terlalu banyak situasi yang berlaku yang aku rasa nak tergelak dan sedih dengan cara budak-budak sekarang... PERSOALAN....

Sunday, April 18, 2010

jom belajar mengenai kaunseling

memandangkan gjol akan ada interview kaunseling dekat uum esok jadi hari ini gjol ingin berkongsi mengenai kaunseling dengan anda semua...

PERGERTIAN KAUNSELING

Kaunseling berasal daripada perkataan bahasa Inggeris "counselling" yang boleh difahami oleh semua orang, tetapi mereka mungkin memahaminya dalam pergertian yang berbeza. Dalam pengertian yang luas, sebenarnya setiap orang terlibat dalam aktiviti kaunseling baik secara langsung atau tidak langsung, terutamanya ibu bapa, guru, pemimpin agama, peguam, doktor, jururawat dan juga semua yang terlibat dengan proses mendidik dan kebajikan masyarakat.

Kaunseling bukanlah perkara baru malah manusia selalu melakukan aktiviti rundingcara sesama mereka. Kaunseling merupakan kebolehan seseorang menolong orang lain untuk mengatasi masalah dan mencapai kesejahteraan hidup di dunia. Apa yang ketara kaunseling merupakan alat asas bagi kebanyakan profesional. Secara amnya dapat dikatakan bahawa konsep kaunseling diamalkan di dalam bidang pendidikan, perubatan, agama, kemasyarakatan, pemulihan, perkahwinan dan keluarga.

Kaunseling sebagai satu profesion mempunyai asas yang saintifik dan objektif daripada bidang psikologi, sosiologi, psikiatri, antropologi dan falsafah. Ia tumbuh dan berkembang hasil daripada dapatan penyelidikan tentang perkembangan sahsiah manusia serta teori-teori pembelajaran. Di samping itu, ia juga berkembang daripada situasi, faktor atau keadaan yang kurang saintifik dan kurang objektif. Ini berdasarkan kepada kepercayaan:

  • Bahawa setiap individu dapat menentukan matlamat hidupnya dan memberi makna kepada kehidupan masing-masing.
  • Mengakui hakikat bahawa hidup ini penuh dengan cabaran dan manusia bertanggungjawab terhadap arah kehidupan masing-masing. Kaunseling merupakan proses bersemuka di antara kaunselor dan klien, iaitu orang yang meminta pertolongan sama ada datang sendiri ataupun dirujuk. Tujuan pertemuan itu adalah untuk mencari alternatif yang paling sesuai bagi klien membuat keputusan menyelesaikan masalah dirinya, di samping mengetahui baik buruk dan kekangan yang akan dihadapi oleh klien atas keputusannya itu.

Kaunseling adalah proses interaksi yang membolehkan individu memahami diri dan situasinya. Proses ini akan mengakibatkan pembentukan atau penjelasan matlamat dan nilai hidup individu itu hingga dia dapat menentukan tindakan yang wajar untuk masa depannya. Kaunseling juga ialah proses pertemuan interaksi bersemuka antara seorang kaunselor dengan klien yang mengakibatkan berlaku perubahan pada klien.

Kaunseling bukanlah bertujuan untuk menolong klien menyesuaikan diri dengan masyarakat, tetapi ia menolong klien memahami dirinya yang sebenar – apa kelebihan dan kekurangannya; apa yang boleh dilakukan dengan mudah; apa yang boleh dilakukan tetapi menghadapi masalah dan apa yang tidak boleh dilakukannya langsung.

Kaunseling dirujuk sebagai proses apabila seorang klien diberi peluang untuk meneroka aspek diri dan kehidupan yang menimbulkan kesusahan atau masalah baginya. Penerokaan ini akan menimbulkan kesedaran tentang diri dan situasinya serta pilihan-pilihan yang ada padanya. Proses ini diharap akan dapat menolong klien itu mengesan halangan-halangan dan mengenal pasti bakat atau kebolehannya untuk hidup dengan lebih sempurna.

Kesimpulannya, kaunseling merupakan proses pertolongan. Melalui proses ini, klien dibimbing membuat keputusan sendiri. Asas bagi proses ini ialah perhubungan antara kaunselor dengan klien atas dasar bahawa kesan perhubungan itu akan menyebabkan klien berubah.

B U K A N K E R N A N A M A

i love this song very much, the lyric is so meaningful, it is full of advices for a youngster like me. jom kita meneroka isi lagu ini...

Bukan Kerana Nama

Jangan kau pandang bibir yang manis
Kerana dia bisa menghancurkan
Jangan kau pandang wajah yang indah
Kerana dia bisa meracunmu

( korus )
Dengarlah hai teman
Dengarkan bersama
Aku menulis bukan kerna nama
Kerna sifat kasih
Pada sesama insan
Dan menyatakan kasih sayangmu
Kita sama semuanya sama
Apa yang ada hanyalah kehidupan

Jangan kau dengar puisi dusta
Kerana dia bisa merosakkan jiwamu
Dengarkanlah puisi di pusaka
Yang telah turun temurun hari ini

Jangan kau alas hatimu itu
Dengan secebis warna kehitaman
Dialah seperti anai-anai
Lambat laun hancurlah dirimu

Saturday, April 17, 2010

HANYA DIA



hari ini office gjol mengadakan pelancaran new nissan navara calibre 4 x 2... so gjol kena la pergi awal esok untuk siapkan apa yang patut.. harap-harap dapatlah prospek-prospek yang berminat membeli kereta esok.. amin..
tapi...
entri ini bukan mengenai pelancara tu tapi gjol nak berkongsi sebuah cerita dengan semua...
masa gjol darjah 5 dulu gjol ada kawan yang sangat baik dan rapat dengan gjol, nama dia AZRI SYAFIQ.. we were very best friend, tapi kami cuma sempat berkawan kejap jer sebab dia pindah ikut bapak dia seorang askar ke sarawak... entahlah dalam banyak-banyak kawan gjol sangat suka kawan dengan dia mungkin sebab dia ni memahami dan jenis yang mengambil berat pasal kawan-kawan. dalam banyak kawan-kawan gjol dia sanggup buat apa sahaja asalkan kawan-kawan dia tak berada dalam kesusahan. sedihnya gjol tak sempat say goodbye to him masa dia pindah end of that year.. 1998 because i didn't go to school... sebenarnya gjol saja tak datang sebab sedih kehilangan seorang sahabat yang sangat baik dan memahami... tapi gjol masih simpan sajak yang dia tulis untuk gjol...

kawan,
ingatlah walau apa terjadi,
ikatan persahabatan kita tetap sejati,
biarpun masa memisahkan kita,
kenangan tidak akan terpadam,
selama mengenali,
selamanya terpahat,
gelak tawa gurau senda,
tangis hiba duka lara,
akan menjadi penghibur dikala sunyi,
biarpun mungkin kita tidak bertemu lagi,
ingatlah aku akan ada dimana-mana,
cuma pejamkan mata dan bayangkan kita
sedang berbicara bersama,
bercerita tentang kisah hidup,
agar kita tidak akan,
saling merindui.
kawan,
maaf kupinta andai,
pernah terkasar bahasa,
serta tersilap cara,
selama kita bersahabat,
ampunkan dosaku,
semoga takdir tuhan menemukan,
kita semula...
semoga berjumpa lagi...

Thursday, April 15, 2010

TEMUDUGA



tadi petang gjol buka lah website upu, konon nak check lah dapt ke tak gjol temuduga untuk kemasukan sesi julai, alhamdulillah gjol berjaya dapat temuduga (jer pown) bagi kos IJAZAH SARJANA MUDA KAUNSELING DENGAN KEPUJIAN kat UUM..yakni sebelah rumah gjol jer.. aduyai.... gjol tak kisah dah semua tu, yang penting bagi gjol sekarang dapat menyambung kembali pengajian gjol ke peringkat seterusnya setelah gjol berhenti dari UDM last year, lepas tu pulak sepatutnya gjol ada interview airasia 17.4.2010 ni tapi memandangkan gjol bekerja dan sibuk maka tak dapatlah gjol pergi interview tu, walaupun sekarang banyak dugaan berlaku kat gjol tapi alhamdulillah TUHAN masih sayangkan gjol dengan memberi yang sebaliknya pula, walaupun gjol bukan seorang yang baik dan hamba yang SOLEH, namun gjol percaya ALLAH tidak akan melupakan umatnya,.. mulai hari ini, gjol tidak akan ambil peduli lagi dengan apa yang akan orang cakap atau buat kat gjol sebab gjol dah berubah dan bukan macam dulu lagi..

KAWAN ATAU LAWAN??


hari ini gjol rasa geram sangat dengan sikap sesetengah kawan-kawan ni..
masa ni baru gjol dapat tahu sape kawan sejati dan sape tidak...
bukannya gjol suka-suka nak hantar mesej bagai..
dengan niat agar kawan-kawan dapatlah membantu gjol mencari duit lebih,
sebaliknya ada pulak kawan-kawan yang "sentap" bagai dengan mesej-mesej tu,
kononnya mesej-mesej tuh seolah-olah menghantui hidup mereka,
ayoooo.....!!!tambi camne nih???
bukannya gjol nak mintak dorang bace pun kalau tak sudi,
delete je lah mesej-mesej tuh..
sebagai seorang salesman dan mencari duit yang halal,
gjol tgerpaksa mengggunakan pelbagai cara untuk berjaya,
bukannya sekadar duduk diam-diam kat office,

tahulah yang kawan-kawan gjol tu semuanya dah "berjaya" dan hidup senang dengan hidup diorang, tapi apa salahnya cakap thanks je kalau tak minat takperlulah sampai marah-marah bagai, gjol sangat sedih dengan hal ini...
entahlah kadang-kadang terpikir gak.. dulu masa diorang susah gjol sanggup tolong dorang tak kira masa dan ketika, tapi apabila gjol nak mintak tolong walaupun tak mintak wang ringgit dorang lain pulak jadinya, apa salahnya kalau tak minat pun tolonglah promo kat kawan-kawan lain, gjol cuma mintak yang tu jer... and bila gjol mintak maap, dorang pulak balas dengan ayat yang sakit jer hati nak baca.. entahlah... kadang-kadang gjol rasa selama ini sape yang kwn ngan gjol semuanya palsu... bilalah nak ada kawan yang betul-betul memahami kita.. PERSOALAN:

Wednesday, April 14, 2010

CARA MEMAGAR DIRI DAN RUMAH MENURUT ISLAM

Memagar Diri dan Rumah

Disini diperturunkan ilmu memagar diri dan rumah dari ancaman syihir dan
pencuri yang diamalkan dari sejak dahulu oleh para ambiya. Ilmu ini tidak memerlukan modal tetapi hanya memerlukan sedikit ketabahan dan kekusyukan.

Waktunya..

Waktu selepas solat maghrib, se-eloknya pada hari selasa bagi memagar
diri dan hari jumaat bagi memagar rumah.

Caranya.

1) Duduk bertimpuh seperti tahiyat awal dan mengadap ke kiblat.

2) Niat dalam hati untuk memagar diri dari segala ancaman syihir kerana
Allah Taala.(jangan campurkan niat memagar diri dan rumah sekali gus,
buat berasingan).

3) Pejam mata dan tarik nafas dan tahan. Semasa menahan nafas itu baca
ayat kursi dengan betul, seboleh bolehnya dengan satu nafas sahaja. Dan
semasa membaca ayat kursi itu juga, cuba bayangkan bahawa dihadapan
kita
ada satu tembuk yg amat keba! l. Sesudah selesai membaca ayat kursi
hembuskan kembali nafas dengan perlahan-lahan.

4) Ulangi perbuatan yang ke (3) tetapi untuk kali kedua bayangkan pula
bahawa tembuk itu berada dibelakang pula, seterusnya ulangi lagi untuk
tembuk sebelah kanan, kiri, atas dan bawah. Bermakna perlakuan ini
terpaksa dilakukan sebanyak 6 kali sehingga kita berada dalam satu
tembuk empat persegi yang sempurna.

5) Untuk permulaan amalkan amalan ini sebulan sekali tetapi kalau untuk
yg afdalnya amalkan seminggu sekali. Amalan ini hanya memerlukan lebih
kurang 5 minit sahaja seminggu, janganlah kita berkira sangat tentang
masa demi untuk keselematan kita semua. Jadikannya amalan dan yg
lainnya
berserah saja pada Allah Yang Esa. Untuk memagar rumah pula caranya
adalah sama tetapi niatkan memagar rumah dari segala ancaman dari
pencuri, dan semasa membaca ayat kursi, bayangkan pula tembuk itu
berada
dihadapan rumah kita dan di ikuti langkah seterusnya untuk kelilingnya
pula. Tetapi perlu diingat bagi ilmu memagar rumah dari ancaman
pencuri ada syaratnya pula. Dari pengalaman yg lepas, orang yg mengamal
kan ilmu memagar rumah ini, ada terjadi pencuri yg memasuki rumahnya
tidak jumpa jalan keluar. Jika ini terjadi maka disyaratkan tuan punya
rumah tidak boleh sama sekali memukul pencuri itu. Cukup dengan
mengambil kembali barang yg telah diambil, serta nasihatkan dengan baik
dan tunjukkan dia jalan keluar.

Bagi ibubapa pula ilmu memagar diri ini boleh dilakukan untuk anak-anak
yg masih kecil, cuma semasa kita melakukan niat kan sahaja untuk
mereka.
Ilmu ini jika diamalkan dengan sempurna, hasilnya adalah
menakjubkan(dengan keizinan allah).

Memagar Rumah Dari Pencuri

Satu cara lagi yang dilakukan oleh ramai orang ialah dengan cara
membaca
ayat kursi sekeliling dalam rumah. Dimulakan dengan hujung pintu
hadapan
rumah mengikut arah jam. Bahu sebelah kiri berada didinding rumah. Baca
ayat kursi berulang kali keliling setiap bilik dalam rumah ! kecuali
tandas. Tamat di hujung pintu utama rumah yang sebelah satu lagi.
Jangan
cover seluruh pintu utama. Petua ini adalah untuk memagar rumah dari
dimasuki pencuri, kebiasaannya pencuri akan payah untuk mencari jalan
masuk lain kecuali pintu utama. So pintu utama sahaja kita perlu
perhatikan. Kita tak cover sehingga hujung pintu takut2 pencuri yang
masuk tak jumpa jalan keluar pulak.

Tuesday, April 13, 2010

UNSTOPPABLE...

I'M MAKING MY MONEY HERE..
COME PEOPLE JOIN ME...
YOU WILL NEVER REGRET...
THIS IS A CHANCE OF A LIFETIME..
klik here for a link

Monday, April 12, 2010

HARAPAN TANPA SUARA

apakah nasib anak-anak malang?
lahir kedunia terus dibunuh,
apakah sudah hilang erti kasih dan sayang dalam diri manusia?
apakah kita kembali kezaman jahiliah?
tiadakah rasa belas dan ihsan dalam dirimu?
wahai manusia,
belum puaskah kau melakukan dosa?
tidak takutkah engkau azab neraka?
sesungguhnya janji Allah adalah pasti,
tiada siapa bisa terlepas..
http://www.facebook.com/video/video.php?v=1161302213294

Sunday, April 11, 2010

AYUH BELAJAQ LOGHAT KEDAH!

PERKATAAN
SEBUTAN
MAKSUD
CONTOH PENGGUNAAN DALAM AYAT

ghonot
[gho.not]
tundukkan badan ketika melalui dibawah sesuatu
Hang kena hati-hati sikit ghonot bawah pokok tu, banyak dahan gheput.

ghupin
[ghu.pin]
kulit kering dari luka
Ghupin hang hari tu dah lega dah noo..

kecek
[ke.chek]
pujuk
Nak duit ? Nu, pi kecek pak hang...

seluloi
[se.lu.loi]
kerap kali
Seluloi sangat dah, aku bagi pinjam duit kat Non tuu...

meghelop
[me.ghe.lop]
hampir malam
Hampa ni main sampai tak tau nak beghenti, dah meghelop dah nih.. pi balik kaihh..

ghona-ghoni
[gho.na]
warna-warni
Ambooii, cantiknya ghona-ghoni baju dia

ghayup
[gha.yup]
lesap sekelip mata/ terlalu laju
Ish, puak ni bawak mutu meghayup nak mampuih.. kot!

ghosek
[gho.sek]
selongkar
Apa hang ni, dok ghosek laci meja aku ni..

nyuloq
[nyu.loq]
jatuh tersembam/ dibelasah teruk
Haa, ,baru dia ada akai, kena taboh sampai menyuloq.. kahaq sangat!

buloq
[bu.loq]
lapar sangat
Tak kebuloq aku nak makan masakan dia tu..

taboh
[ta.boh]
pukul/ belasah
Dengaq kata hang kena taboh dek Mat Rosni semalam?

ghelah
[ghe.lah]
terkoyak
Alamak! Ghelah baju aku kalau Mat Habib pakai!?

ghunaih
[ghu.naih]
cungkil/ kupil
Woi Jat! Hang dok ghunaih apa, tengok jaa dah laa..

geghek
[ge.ghek]
basikal
Setiap pagi Zainol kayuh geghek ke tempat gheja!

mod
[mot]
bawak pembonceng/ penumpang
Jat dok mod Nuri pi mana tuu...!? Sakan depa noo...

sakan
[sa.kan]
hebat/ tak sangka
Sakan jugak Jat ni.. dapat jugak dia si Nuri tu..!

sekeh
[se.keh]
luku secara sipi
Ish! Aku sekeh budak Sepol ni.. pat kali ajag tak gheti-gheti lagi.?!

seneghih
[se.ne.ghih]
selisih
Lah! Hang seneghih ngan aku kat K.L hari tu buat tak tau aja!

Meghenin - tegang/cekang- perut Chaq nampak meqhenin selepas dia makan nasik tambah yang dihidangkan kat rumah kenduri tadi

Cemuih - bosan- cik putih ngan vics dah cemuih nak dengaq pak chaq dok perayat(mencurah rasa) depa hari-hari

Menyeghok - sarapan pagi- pagi tadi misai ngan mat bed dok usha nasik lemak bekalan aku tu sebab depa tak menyeghok lagi

Menghenyeh - gatai menqhela- tak habih-habih chaq dok menghenyeh kat cik putih tu

Ndoi - buaian- isteri chaq selalu marah kat dia pasai dia penyegan nak hayun ndoi anak dia

cheme - pree- ada team yang mendapat mata cheme pada satu pertandingan kelmarin

seneghih - berlaga sipi-sipi – pintu gheta pakmid calaq sbb seneghih ngan lori aih

beghetoh - berlaga, tersentuh – habih kulit dia jd gatai sbb beghetoh ngan pokok keladi blakang ghumah..

pengkaq - jalan mengengkang sikit, "korie tu, tak padan ngan kaki pengkaq, ada hati nak main bola 7 sebelah"

mandom - lembab/slow, " awat yang mandom sangat ni... tak cukup tidoq kot semalam?"

pangkin - benda yang ada 4 kaki rendah sikit drp meja, selalunya diletakkan dibawah pokok sebagai tempat berehat atau megheloh"

cunggit - "misai, mai dok tengah sikit, satgi cunggit, hang tu dahlah badan macam gasi"

ayam piru - ayam belanda/turkey

pak/mak/anak menakan - pak/mak/anak saudara

ketoq - bekas isi bahan buangan yang selalunya diperbuat dari tin

Heliaq - sapu atau lap
ayat dia : lepas makan jangan dok heliaq kat baju.

Kelepiaq - elakkan diri dari buat kerja.
ayat dia : hang jangan dok kelepiaq kalau aku suruh pi kedai.

Melingkaq - maksud dia aku tak pasti tapi ayat dia lebih kurang macam ni : tuu dia tengok misai tidok melingkaq macam ulaq sawa.

Baloq liat - malas
ayat dia : heee tengok budak misai tu,dah la tidoq melingkaq,baloq liat lak tu.

Ceghin – tegak –selalu dikaitkan ngan bebulu.. bulu ghoma, rambut..

Kughuih Kiang - teramat kurus.
ayat dia : korie tu dah la kughuih kiang,rambut pulak ceghin macam bulu landak.

kawaq - pencuri

melewaq- merayau/melilau

teqhebe - lastik cth : kepala pengadil habih bdarah krn diteghebe oleh peyokong kedah yg tak puas ati...

cemerkap - tak cermat

megheben - mengarut

celuih - muat,padan

oklah..tu saja utk kali ni..nanti ada words yg best kita tulih lg..

idup kedah!!kedah boleh!!

Hinggut - goyang "oleh kerana zickeys gayat kalau dok kat tempat tinggi.... maka dia pun hinggut pokok nyoq tersebut dengan harapan buah nyoq muda lughuh..."

meghenyut - (Korie tu tak padan ngan anak meghenyut dah, dok menghela lagi)

bincut - binjul "tu dia la... kan aku suruh tunduk, tak pasai-pasai kepala hang bincut dah teghantuk dengan alang tu"

pancat - pancit

klesen - mesin padi (first time aku dengaq bila wife aku sebut dulu, aku gelak sampai pecah peghut.... aku ingat laa... "klesen" ni orang Hutan Kampung saja yang sebut kot?... he he he jangan habaq kat bini aku, takut kena tidoq luaq)

segagan - sebaya

beghemba - bersaing-saing... "Kalau kayuh geghek tu jangan dok beghemba, nanti gheta belah kot belakang" mak aku pesan kat aku sambil menghulurkan bekai nasik lauk teloq goreng mata khebau berkuah toyu sebelum aku kesekolah pada pagi kelmaghin....

met ngot - lembab selembab-lembabnya.... Awat la yang met ngot sangat ni..... depa dah tak sabaq dah nak ambik gambaq tuu....

Toyu - kicap

segan - malu

beghanda - serambi

mengoit - jangan dok mengoit.... satgi gambaq tak elok... kata ustad kat matbed...

kucai - kacau (orang dulu-dulu sebut kucai)

melugai - meloya

tambahan loghat perelih :

mengkait petei = jolok petai

surat abeik = surat khabar

hang nak mulih no = hang nak mampuih ka

loghat kedah versi paksu aku :

akanduri akandara = kenduri kendara

hastum = oiii

taik punai @ taik kanna = haram jadah, loklak betui

atah = bapa saudara

puluit – pulut

kasuit – kasut

kelih - perasan



loghat kedah biasa :

raba = pemadam

tui motor = race motor

segan = malaih, tak mau (ini selalu mengkompiuskan orang KL)

gurmit = pengasah pensil, sharpenner

tepeqheluih - kaki mat bed tepeqheluih dalam lubang...

tegelinchaq - kaki bangku tegelinchaq kat bukit hijau...(bukan caarq no)

telepaih - i) tertinggal - atan telepaih bas nak balik aloq setaq...

pot - tin...

peqhak - peqhak buih laa hang niii...

teqhandaih - terhantuk...

seqhoi - nasi yg whit3 masak seqhoi...

teghan - teran

seghoh = kuruih + gelap

kelam = gelap

tirih = bocoq

plantaq = tempat duduk kat belakang gerek

seghondoi = sondol/terpa

ayat:- hang jgn dok senghondoi tak tahwan hala.. satgi kot ada temingat ka.. ulaq ka…

lau ayam = reban ayam

cekendon = lembut lutut

ketayap = kepiah

ban = batas tepi sungai

aih ketoi = ais batu

ghelai = hancur



LORAT PENANG

punggah = macam musnah la kot / lingkop

chempegha = terhegeh hegeh

juah = belagak

merak buih = suka menunjuk

jogha = macam belagak gak la

sighu = penin

loghat - sibuk, penyibuk

cth: awat yang hang dok loghat sangat nih! buat la gheja hang sendiri..

punggai - baling,membaling

tongkoi – tongkol kayu

ayat:mat bed kena punggai dengan tongkoi kayu..padan muka dia.

keleboq - lumpur

ayat:ghebau pak chaq jatuh dalam keleboq kat bendang pagi tadi...

meghela - gatai,suka dok kacau orang

ayat:awat yang hang dok meghela sangat ni?

lengai - mat ngot,lembab

ayat:atoi ni lengai la.suruh buat gheja apa pun tak buleh...

belengaih - melekat bergetah

ayat:Ish..badan aku rasa belengaih la..nak kena pi mandi plak ni.

pengkaq - kaki kenkang

ayat:kaki mat din pengkaq sebab mak dia tak bedong masa kecik-kecik dulu.

bedengkoi -....

ayat:urat perut pak leh "bedengkoi" sebab dia mengeliat.

heghot petot – susunan atau urutan tak sama / lintang pukang / senget

ayat: Mat Dengkoi maghah kat anak penakan dia sbb susun bata heghot petot

ghelin-menjeling

ayat:awek tu gheja dok ghelin kat aku je...minat kot?

Nghenyek – keadaan yg remuk / hancur

Nangoi – budak² mentah..


1 ghe-ngau – cakar
2 se-qheyat - reda/ surut
3 hambat – kejar
4 pe-qhembang - bidik (aim)
5 contiang – lukis6 ligan – kejar
7 cemuih - bosan/jemu8 tokak – gigit
9 gey-ghek – basikal
10 gon - cerun (bukit kecil)
11 belemoih - comot/ kotor
12 tetomoih – tersungkor
13 ku-tey – cubit
14 tak dan - tak sempat
15 hebiaq – celupar
16 maneh melecaih - tersangat manis
17 Lincun/lencun – basah
18 lokoih – kuyup
19 kawaq – pencuri
20 kanyaq - mentah (berhingus)
21 ketegaq - degil
22 he-ghot petot - senget benget
23 me-ghela - gatal
24 log laq - cemekap/ cuai
25 hawin - pusing
26 punggai - baling/ lempar
27 tengalong - tuju/ baling
28 me-ghe-kah - Kupas/ koyak
29 ayaq achaq - air longkang
30 ha-ghin - hancing

SURUH ORANG GOSOK BAJU BAJU SENDIRI KEDUT KATA FASHION!

siri ke 3...
tajuk filem lain tapi pelakon tetap sama u olz...
baca ala-ala bernazam gitu k..

lenggang lengguk zapin pekajang,
ditari oleh gadis melayu,
eh silap lelaki rupanya,
wah ingatkan gadis sejati,
rupanya tiruan ibarat zhulian,
sekali pandang berkilau ibarat emas,
dua kali pandang baru sedar ketulenannya,
mulutnya manis ibarat cilibo,
sekali bersuara tak boleh blah,
semua MASUK BAKUL ANGKAT SENDIRI!
konon berpesan.
usahlah jaga tepi kain orang,
buat hal sendiri sudah,
dah takde keje ke asyik nak menyakitkan hati orang?
suka menyibuk hal orang,
ibarat guru memberi pesan kepada murid-muridnya,
kaedahnya...
pusing belakang sahaja,
nah amek kau..
tak sedar kain sendiri dah berLOBANG kat belakang,
lagi ada hati nak tegur orang pakai kain murah,
konon jangan kacau hal orang,'
tapi balik-balik kau jugaklah yang sibuk menjaja kisah orang,
orang semua sibuk menghafal akta, statute dan kes-kes segala,
kau pula sibuk mengendong kes-kes juga,
tapi kes-kes yang tidak berdaftar,
ingatkan kau dah berubah dan sedar,
rupanya kau masih begitu,
apalah masalah kau wahai kassim oiii...
sampai aku yang takde kat sana pun kau babitkan,
bila aku ajak bersemuka,
kau berdolak-dalih,
konon tak mahu berpanjangan baliknya kau yang memanjangkan,
itulah orang kata..
sebelum berpesan betulkanlah diri sendiri
usah sibuk menegur baju orang berkedut,
sedangkan baju sendiri tak pernah bergosok..
aduhai....
telah jauh berkelana entah dimana,
aiseh terkeluar lagu siti pulak..
ingatlah pesanan tok guru,
manusia mana bisa menjadi malaikat,
kita berbeza...
cuma apa yang mampu,
jadilah manusia yang lebih sempurna...

Wednesday, April 7, 2010

kerinduan

dunno why suddenly i kind of teringat my old friend,
azri syafiq, my very best friend when i was in primary 5..
he helped me a lot, when i was in troubles that time,
where are you now dude.
hanya setahun saja kami sempat berkawan,
and masa year 6 die dah pindah,
i heard he was moving to sarawak,
but on the day dia pindah tuh i didnt come to school,
so i didnt have a chance to say goodbye to him,
wish that i could have a chance again to meet him,
how is he now?
i pray to GOD
that i would meet him someday...

Tuesday, April 6, 2010

guitar for sale





gibson les paul,
made in China

Sunday, April 4, 2010

KAU atau AKU

siapa kau?
siapa aku?
kita adalah sama,
kita adalah manusia,
tapi,
apa yang membezakan kita?
warna kulit?
suara?
rambut?
atau perangai kita?
biarpun luaran kita berbeza namun zahirnya kita tetap manusia,
hanya peribadi kita mampu berbeza,
walaupun kau berkulit putih cerah berseri
belum tentu hatimu bersih dan suci,
kau kata aku hitam ibarat buntut kuali,
namun apakah hatiku sehitam buntut kuali itu?
kau kata usahlah berangan menjadi kapas,
yang putih dan berseri,
aku terima,
mana bisa kuali yang hitam bertukar menjadi kapas yang putih,
kuali itu berat diperbuat daripada besi,
sedangkan kapas itu lahiriahnya memang ringan dan begitu bentuknya,
manusia,
kau rasa kau lah yang benar,
kau putih,
kau rasa kau berjiwa murni,
hakikatnya,
mengapa semua orang tidak pernah kekal berkawan dengan kau?
tidakkah kau sedar akan ittu semua?
kau berfikir orang semua dengki dan cemburu dengan kelebihanmu,
hakikatnya,
sikapmu, peribadimu yang menjengkelakn,
kau sudah mengibaratkan dirimu seperti malaikat,
hanya orang lain yang membuat salah kepadamu,
namun kau tidak pernah mengakui kesalahanmu,
pabila ditegur, kau berkata itu memang caramu,
apa lagi mahu dikata?
KAU atau AKU yang jahat?
KAU atau AKU yang bersalah?
teman-temanmu semua sudah tiada,
kau hanya seorang diri,
meluahkan rasa di dalam blog,
mengapa tidak bersemuka sahaja?
apa kau takut mengakuinya???
takut menghadapi kebenaran?
atau kau bimbang kepura-puraanmu terbongkar,
dan kau takut menerima kebenaran..
yang sudah JELAS kau bersalah...

MULUT TEMPAYAN RABAK!!!

tempayan ada mulut ke??
boleh bercakap ke tempayan tuh?
kaedahnya soalan orang tak pergi sekolah,
tempayan memang ada mulut,
tapi kadang-kadang
ada juga manusia yang nak pakai mulut tempayan ni,
tak cukup ke mulut yang Tuhan bagi tu?
kenapa nak ambil mulut tempayan pulak,
jawapannya,
sebab mulut tempayan besar,
senang sikit nak menyebarkan cerita,
tambahan lagi bila dah rabak,
bayangkan tempayan yang dah pecah mulutnya,
diisi air, melimpah ruah jadinya,
tak henti-henti air mengalir keluar,
begitulah hendaknya mulut manusia yang ibarat,
mulut tempayan,
kononnya akulah pencanang, dialah pencanang, merekalah pencanang, KAMIlah pencanang,
tapi sedar atau tidak KAU lah pencanang itu,
KAU pergi jumpa senah kau cakap timah buat cerita pasal ko,
pergi jumpa lijah kau cakap,
jumpa minah kau cakap,
bak kate selagi belum habis orang yang kau kenal kau jumpa,
semua kau cerita,
isi kandunga cerita,
TIMAH JAHAT BUAT MULUT PASAL KAU,
motif???
kadang-kadang kau tak terfikir ke?
kau ni siPENCANANG atau siKUNANG-KUNANG??
cuba kau tengok si Kunang-Kunang,
suka menghampiri cahaya,
kalau cahaya lampu neon yang terang bersilau bergemerlapan,
ibarat lampu di tepi jalan tak mengapa lah,
silapnya kau pergi bermain di tepi cahaya API KEBENARAN,
habis terbakar semua sayapmu yang nipis melayang itu,
aduhai malangnya nasibmu,
sudahlah mulutmu rabak,
tatkala kau cuba menjadi tempayan,
bertukar menjadi kunang-kunang pula,
habis terbakar sayap-sayap palsumu,
terkubur jualah riwayat hidupmu,
kiri dan kanan,
semua lubang rahsiamu terserlah,
penipuan tiada kesudahan,
akhirnya kau ibarat mengorek lubang kuburmu sendiri,
kasihan...