ShoutMix chat widget

Friday, November 12, 2010

TAK BOLEH LUPA

orang kata kalau kita sayang orang tu jangan bagi sepenuhnya simpan sikit untuk diri sendiri, juga orang cakap kalau kita terlalu menyayangi seseorang itu kelak kita akan benci dia.
Tapi kan, macammana nak simpan sikit untuk diri sendiri, perasan itu bukan macam air botol boleh bagi orang minum tapi simpan sikit dalam tu. perasaan ni subjektif, nurani dalaman macam mana kita nak kawal. kalau dah sayang seseorang tu mesti kita akan sayang sepenuh hati dan taknak kehilangannya kan?
Entahlah, saya sendiri tak dapat nak ungkapkan kat sini sebab saya sendiri melaluinya, sedar tak sedar sudah hampir sebulan saya berpisah dengan dia, mulanya begitu indah namun akhirnya begitu derita, tanpa sebab alasan ikatan itu putus begitu sahaja, semua angkara orang ketiga, dihati memang mahu membenci, tapi tidak berdaya, bibir berkata " YES! I HATE YOU!" tapi hati berkata "NO! DON'T GO I STILL LOVE YOU!". Jadi dimana akal waras ketika itu.
Ramai orang berkata, berilah dia sedikit ruang tapi semakin ruang itu diberi semakin jauh jurang yang terbina. Puas sudah saya mencuba, huh.. memang sudah tidak berdaya. Cukup perit untuk meneruskan hidup hari ke hari, harus sentiasa tersenyum, menampilkan luaran yang indah dan cantik tapi dalaman hancur dan kosong tiada perasaan. Entah bagaimana dia lebih mempercayai orang luar itu.
::BEGINILAH HATIKU DIKALA INI::


"BUAT BAIK BERPADA-PADA" sekarang saya memang setuju dengan falsafah ini. orang ketiga itu saya anggap seperti sahabat baik, sentiasa bertanya pendapat namun di belakang rakus menghunus senjata mencarik-carikkan ikatan itu. sampai kini saya bertanya, apa MOTIF dia merosakkan hubungan kami?

apa yang pasti saya memang tidak membenci dirinya kerana semakin saya cuba membencinya semakin terseksa diri ini, Ya Allah, Kau kembalikanlah dia kedalam kisah hidupku, sesungguhnya dia banyak mengajarku erti kehidupan. Amin...

********************************
kali pertama daku melihatmu,
kerlipan matamu,
senyuman dibibirmu,
suaramu yang indah,
gayamu yang manja
membuatkan aku menjadi khayal,
tanpa kusangka teguran pertama
membuahkan bibit indah,
kau sambut salamku,
terasa indah dunia ketika itu,
namun
badai sering melanda kita,
sering terdengar suara-suara sumbang,
cemburu melihat kemesraan kita,
daku cuba untuk menjauhi,
namun kau pilih untuk terus bersama,
terus kita melayari bahtera itu,
hingga tiba pula
batu penghalang yang hampir memisahkan kita,
sedikit pertanyaan sahaja,
kau sudah gelisah dan rimas,
aku cuba untuk berdiam,
namun hati ini tak dapat ditahan,
timbul tenggelam kisah kita,
akhirnya
kita terpisah tanpa bertemu,
terputus khabar berita,
hanya alam maya aku bisa temukanmu,
baru sejenak mahu bermesra,
kau pilih untuk pergi,
tanpa sebab dan alasan,
membuatkan aku terpinga.
memang
aku tak boleh lupa,
aku kenang semuanya,
moga suatu hari kita berjumpa semula.
aku doakan kau bahagia selamanya.

**************************

Pertemuan yang tak diduga
Renunganmu mempesona
Memukau hati dan minda
Menerbitkan suatu rasa di jiwa

Gemuruh tiba-tiba jiwaku
Gentar menyambut salam darimu
Tidak terlahir kata-kata
Senyuman pengganti bicara

Kiranya dulu ku pernah terluka
Dalam bahagia hati ku tersiksa
Dalam ceria aku sebenarnya gerhana

Hadirnya kau dalam hidupku
Membawakan sinar baru
Dan kini rindumu
Sering datang untuk bertemu

Apakah kau merasakannya
Bagai ada gelora asmara
Bahangnya melodak di jiwa
Hingga tak tertanggung rasanya di hatiku


No comments:

Post a Comment